August 12, 2010

RAMADHAN KARIM



Alhamdulillah syukur, dapat berjumpa lagi dgn ramadhan tahun ni. sekejap je masa berlalu kan? saya harap saya dapat memanfaatkan ramadhan kali ini dengan lebih baik dari sebelumnya.



hari first puasa,
  • dah ada bunyi mercun, meriam bagai. haila, apa nak jadi? putus jari nanti mak bapak jugak yg susah.
  • dah bergunung orang post lagu raya dekat facebook. lambat lagi nak raya tu, sambut lah ramadhan ni dulu. boleh kan kawan kawan? =)
  • muka dah pucat lesu tak mampu nak buat kerja. tunggu lif sambil duduk, masuk dalam lif duduk lagi. haha kesiannn. tak sahur ya?
  • bilangan jemaah yg datang terawih amat memberangsangkan. sampai tak cukup tikar. harapnya kekal lah sampai malam yg terakhir.


saya tak sempurna, tapi kita boleh saling mengingatkan antara satu sama lain kan? selamat menjalani ibadah puasa.



Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...