August 28, 2010

LOVE is CINTA







"LOVE is a cycle. when you love, you get hurt, you HATE. when you hate, you try to FORGET. when you try to forget, you start MISSING. and when you start missing, eventually you will FALL IN LOVE again."




:credit to Mr. Z~






*p/s : am I in love? ouch ! =p



August 25, 2010

INGAT lagi tak?



tadi time bebuka dengan perempuan jahat ni semua, tetiba tebukak cerita zaman kanak kanak dedulu. alahh zaman kita bodoh bodoh main mak-mak tuu *untuk girls la*. ingat tak? i org kampung, so main mak-mak ni kira paling best la time tu. hidup org bandar, i tak tahu lah apa dorg main? hah, cakap pasal main mak-mak ni, tetiba ada satu cerita pop up dekat otak beku i yg tak tahu satu haram pon lagi pasal strength of material walhal esok i ada test. peduli pulak aku kan! yg penting skg ni tgh mood flashback, nanti i dah takda idea nak tulis apa. okay back to cerita.


ada satu masa ni, kawan i ada cerita pasal zaman dia kecik kecik main mak-mak. tahu tak main mak-mak tu amenda? alahh main pondok-pondok lah kot nama lain dia, senang cerita. slalunya kalau main mak-mak ni, mesti la lengkap dgn peralatan mainan masak-masak, pastu meja nak buat dapur, and ada lagi lah benda lain kan? i pon tak ingat sangat. dah siap setting, mulalah nak cari bahan nak memasak pulak. paling utama, pasir nak jadikan nasi. tak lupa jugak, daun daun untuk jadi bahan masakan sampingan. kan kan? okay itu untuk apa yg i ingat, based on my experiences dulu dulu lah. untuk kes kawan i sorang ni pulak, setting mak-mak dia sama je macam i, cumanya ada tambah jamban. fine, mungkin time i main dulu dulu i tak tepikir pulak nak buat jamban. kawan i, dia buat jamban pakai pasu bunga. samada pasu bunga tu kosong atau ada pokok bunga, wallahualam, itu i tak sure. yg i paling pasti, kawan i tu pegi berak betul betul dekat dalam pasu tu. betul, dia berak dalam pasu yg kononnya jamban time main mak-mak tu. HAHA bangang kan? i sumpah tak paham gila time tu berapa umur dia sampai sanggup memalukan diri berak dalam pasu bunga. mungkin dia nak bagi environment mak-mak tu lebih real? haha. sorry ye awak, kalau awak baca entry ni. dont worry, saya tak sebut nama awak hihi.


actually, i bukan nak cerita pasal mak-mak ni pon. itu intro sahaja. i and kawan kawan jahat i lately asek menyingkap kembali kenangan silam tatkala zaman kanak kanak. lepas tu masing masing gelak hentak hentak kaki macam nak mati je sbb kelucuan yg teramat. betul kan? sumpah, you all akan gelak bila ingat balik apa yg you all dah buat time bebudak dulu. pastu rasa mcm bodoh gila kan kan? first sekali, i nak tanya. sapa yg tak penah tengok USOP SONTORIAN? sapa tak penah tengok, pegi gantung diri dekat kipas siling please. alah, kartun malaysia yg gila femes tu. time tu kita dajah satu. ehh, itu i utk i la. utk org lain, i tak tahu. kreatif kan sapa yg lukis kartun dlm usop sontorian tu? hensem sial muka ! haha.




lepas tu kartun YOKIES. kartun telur comel comel tu. i dah tak ingat apa nama watak watak dia, tapi paling i ingat baju ayah dia kaler kuning, baju anak perempuan dia kaler pink pastu ada pakai reben kat atas kepala. hoiiii cerita feveret tu ! sumpah suka gila dgn yokies ni. kawasan rumah dia cantik, ada cendawan lah apalah kan kan? itu kalau i tak silap la. haishhh what a memory !



okay ini lagi satu amat femes punya kartun, lagu dia sampai sekarang i hafal, tapi lupa lirik sikit sikit je. gila, konon konon Batman & Robin malaysia lah lebih kurang. rasa rasa cerita apa? haaaa betul, KELUANG MAN ! haha. teringat pulak dekat sorang budak batch i, org panggil dia 'kluang'. sbb dia duduk kat kluang, johor ke eh? entah, i tak amek kesah. hah, back to keluang man bersama pembantunya- TIONG MAN. ada lagi watak penting, INSPECTOR SAHAB. ya tuhannn, kenapa lah kita boleh layan cerita ni semua eh? haha mmg gilaaa ! tapi bak kata orang, inilah sebenarnya hidup. kalau takda benda yg dapat diimbaskan semula, bosan jugak kan? nah, perdengarkan =)




dah ingat balik dah lirik lagu keluang man camna? haha. lagi satu, time i jalan jalan dekat youtube tadi, i terjumpa video ni. video kat bawah ni bukan lah bezaman sangat dah, dia muda sikit dari batch usop and the geng. but orang dok gila jugak lah dulu dulu, fever bai ! merata rata orang dok gila nak menari lagu ni. mana taknya, aaron kwok tu taknak hensem pulak kan? oh, sumpah i suka gila PARA PARA SAKURA ni !







*p/s : sumpah rindu bila ingat balik semua benda even so stupid tahap dewa. sokong i please. haha




August 22, 2010

ada TELEPORT tak?





how i wish i could turn back time. eh kejappp, to be more specific, my school time. nak tahu kenapa? sbb time sekolah dulu hidup kurang tekanan. stress punya level kemain beza lagi kalau nak compare dgn skarang ni. BUT mcm yg kawan i kata, nak balik zaman sekolah tapi takyah belajar. buat sial dekat hostel je heh~ betul la kata orang, bila sesuatu tu dah takda, baru kita tahu betapa bermaknanya ia untuk dihargai. haish. sumpah i teramat sangat rindu dengan bebudak gila yang membuat hidup i so fun and colourful masa sekolah dulu. tak tipu punya, hidup i memang dikelilingi oleh perempuan gilaaaa since zaman sekolah menengah, sampai la zaman institut pengajian tinggi sekarang ni. adakah disebabkan i pon gila? oh tidak, mereka yang gila dulu, kan kan?


GENG ABU UBAIDAH
perempuan gila yang mendapat pangkat paling tinggi ialah miss tupai. kira macam presiden lah mungkin? miss tupai, i rindu gigi you. haha kidding, jangan marah pleaseeee. you dah biasa kan? i nak main hoki dengan you lagiiii. lepas tu nak pegi mat jiwa, jumpa fariq. and and nak lebamkan mata you guna bola hoki, boleh? haha. i nak jumpa you, sumpah. apasal lah pegi mintak utm time isi borang upu dulu? taknak ujung dunia pulak kan? haishh please jangan bagi alasan you dulu tak tahu utm tu sebenanya dekat mana. and oh, tidak dilupakan, miss bibir. i know you rindu sangat dekat i kan universal stalker? so do i sayang ! i nak dengar you nyanyi lagu bila rindu sbb suara you sangat sedap bila nyanyi lagu ni, SAHAJA haha. ini lagi sorang perempuan jahat yang suka nak jauhkan diri dengan kawan kawan. sapa suruh duduk kat muadzam? gilaaa sapa nak pegi sana ! tapi i tahu, you tak kesah pon jauh jauh dgn kitorang kan? sbb you ada mr. mmuuuahh mmuuaaahh dekat sana kan? booo laaa ! nak mintak turun kl pon susah.


GENG USAMAH ZAID
if nak ikut hierarki majlis tertinggi, kira miss kuda is at the very top position lah. number #1 most wanted hot chick. opsss silap, hot chick tu ain, bukan miss kuda haha. miss kuda yang semakin menjadi perbualan ramai selepas memasang gigi besi warna warni lepas tu time nak makan je, kena cabut getah kejadah amenda ntah. miss kuda adalah kawan i yang paling kaya sbb dia ada mp3. hoiiiii zaman sekolah dulu sapa yg ada mp3 tu mmg puak puak duit bekepuk la tu. haha. dear miss kuda, i tak boleh nak cerita dekat sini but i bagi hint. ingat tak kes fungus? sapa ingat sila gelak guling guling sampai jatuh dari tingkat 7 please. haha. gila boleh? and lepas tu miss perut, olahragawati harapan sekolah. athletic doh kawan i ! but badan macam dugong bunting haha. sorry perut, gurau senda kopi o' kejap. you ingat tak, you sorang je yg tak cakap 'ana-anti' time from 1 dulu? bapak ah degil gila you kan perut ! buat kena pandang 'slek' dgn senior je.


GENG TARIQ ZIAD
si gila yg tersenarai adalah miss komodo. tell you what, dia ni classmate i dari form 1 sampai la from 5. then matrikulasi pon sama tempat dgn i. tak penah bepisah langsung. antara kitorang, miss komodo ni paling pandai tahap dewa punya, disayangi oleh cikgu addmaths, Puan Rafidah. dia genius, tapi kenapa kelas tak penah bepisah dgn i? does it mean i jugak genius sama mcm dia? haha. hey, dia sekarang study dentistry doh. gila kentang ah you ! nanti aput jadi patient tetap you kan? haha. miss komodo ni keje dia asek tido je dalam kelas tapi tak penah kantoi sbb dia MENGGERBANG haha ! and dia ni hidup pura pura sangattt ! konon baik nak mati, realitinya ya tuhan, tanduk kiri kanan depan belakang. sakit hati kottt. miss kuda and i sangat suka ya amat mengata si komodo ni. tapi dia tak penah amek hati kan awak kan? okay iloveyou !


kepada mana mana miss whose your name is not mentioned above, i bukan tak ingat you all. i ingat, tapi you all tak gila mcm mereka mereka diatas yang telah merosakkan hidup i dgn kesialan mereka, so i tak sampai hati nak panggil you all perempuan gila. betul, i rindu zaman sekolah kita dulu kala. tipu lah kalau ada yg tak rindu. itu manusia kayu tu, takda perasaan. agak agak bila kita nak buat reunion eh?



August 12, 2010

RAMADHAN KARIM



Alhamdulillah syukur, dapat berjumpa lagi dgn ramadhan tahun ni. sekejap je masa berlalu kan? saya harap saya dapat memanfaatkan ramadhan kali ini dengan lebih baik dari sebelumnya.



hari first puasa,
  • dah ada bunyi mercun, meriam bagai. haila, apa nak jadi? putus jari nanti mak bapak jugak yg susah.
  • dah bergunung orang post lagu raya dekat facebook. lambat lagi nak raya tu, sambut lah ramadhan ni dulu. boleh kan kawan kawan? =)
  • muka dah pucat lesu tak mampu nak buat kerja. tunggu lif sambil duduk, masuk dalam lif duduk lagi. haha kesiannn. tak sahur ya?
  • bilangan jemaah yg datang terawih amat memberangsangkan. sampai tak cukup tikar. harapnya kekal lah sampai malam yg terakhir.


saya tak sempurna, tapi kita boleh saling mengingatkan antara satu sama lain kan? selamat menjalani ibadah puasa.



Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)




August 07, 2010

MALAKOFF


i takkan lupa tarikh 7 ogos 2010. hope KITA SEMUA akan bekerjasama lagi okay? <3
















i paling suka gambar ni tapi tak tahu kenapa? =p








*p/s : ada hikmah kenapa kita dah lama tak TER-jumpa kan? sbb Dia menemukan kita dalam keadaan yg lebih istimewa. =)



August 05, 2010

mental disorder


satu situasi keji telah berlaku dalam kelas math tadi. perlu ke kau masuk kelas lepas tu pegi dekat belakang kelas and bentangkan ketiak kau dekat aircond tu? org lain pon panas jugak la wehhhhh tapi takdela vavi sangat perangai diorang tu mcm kau. kau sedar tak kau tinggi? kau sedar tak kau pakai short sleeve? kau sedar tak udara dari aircond tu terus menuju ke ketiak kau tanpa halangan langsung? kau tahu tak kau punya bau tu mencapai keTENGIKkan tahap keketiran? kau tak nampak ke kami betiga ada kat sebelah meja kau? kalau jarak sedepa pon boleh rasa tengik kau mcm dalam lubang hidung aku dah, apatah lagi bila kitorang yg duduk betul2 sebelah aircond ni. sumpah benci gila gila gila gilaaaaaa dekat kau. annoying dohh !

bengang hooiiiiii !

hey budak mentah first year, aku benci kau. kenapa mesti kau sama kelas dgn aku hah? pandai macam mana pon kau terus nak amek engine maths 2, tak perlu lah nak bikin publisiti sangat eh. semua orang tak suka dgn kau lah rasanya. hadoila indule. mmg sah kau indule sejati lah. perangai sumpah JELEK and JIJIK gila tahap ketapak kakian saiz 10 europe punya range. nasib baik kawan aku tak bagi kau makan sepak 360 darjah dia. kan dyla kan? oh, anis and mu'izz jugakkkk hehe.


please lah pegi jumpa pakar psikatri, suruh doktor tu check mental kau. aku rasa ada blood clotting kat mana2 tu, sbb tu kau mcm gila sikit. and kawan aku ada cerita nampak kau pakai baju tebalik. penipu besar kalau tak sedar kita pakai baju tebalik kan? berkolar pulak tu. bodoh, that is not a style.





*p/s : indule = parya. tahu kan camna bau diorang?


August 04, 2010

La familia



sejak kebelakangan ni i rasa mcm i jadi terlalu sensitif. org mintak maaf dekat i, i nanges. i mintak maaf dekat org, i nanges, tengok teater pasal ibu pukul anak dia yg cacat sbb anak dia taknak belajar makyong, i nanges. tengok a moment to remember, i nanges. semua lah nak nanges. tapi tisu dalam loker sikit pon tak bekurang. kenapa eh? oh, sebab i lap air mata dgn baju. takpe kan? salah ke? heh.


aigoo. murahnya air mata kau syaza? hello, bukan murah tapi tak boleh nak control. tetiba je dah meleleh kat pipi. senang betul nak menangis. alaahhhh tapi apa kesah? nama pon perempuan kan, dah mmg fitrah kaum hawa ni hati dia cepat tersentuh walaupun orang lain kata benda or masalah tu kecik je. bagi i lah kan, bila i menangis, i rasa lega. sbb i bukan jenis yg pendam semua masalah. but there are some people yg tak reti nak zahirkan apa yg diorang rasa. simpan je sesorang sampai jadi pekasam lepas tu bila dah agak agak busuk sangat sampai nak meletup, baru dia muntahkan segala benda. wehhhh jgn la jadi mcm tu. tekanan tinggi kot. better jgn simpan simpan. nanti makan diri baru tahu kan kan?


okay sebenarnya i rasa tahap kerinduan i dekat my family dah sampai langit dah. mungkin itulah sebabnya i mengalami masalah emosi kebelakangan ni. oh, betul betul rindu. i nak balik tapi kampung halaman i jauh. sedih betul hidup di perantauan ni kan? sometimes i mcm ada jugak la tepikir pasal few of my friends yg tak penah jauh dgn family diorang. yelah, mmg la duduk hostel jugak tapi setakat jauh singgit dua tu kesah pulak aku? sapa nak kata belajar dekat shah alam and rumah mak ayah dekat subang tu dah kira beribu batu punya tepisah, meh sini nak korek otak, nak bagi pikir logik sikit. booo la ! apa ek rasanya bila tak pernah langsung bejauhan dgn keluarga? mesti best kan? nak jeles boleh? sbb i dari kecik-as-if-skg-ni-besar-je?-dah bepisah dgn my family. since i was 13 lah rasanya. so boleh nak consider kecik lagi la kan? hoiiii, itu masa form 1 kottt. mmg kecik habes ah, hingus pon fresh lagi. skg ni hingus dh macam tak fresh sangat, dh lama hidup, banyak habuk masuk hidung. okay pengotor gila kan kau pompuan?


BUT bagi kawan2 yg belajar dekat luar negara tu, i mmg sumpah respect gila kat you all. susah tu oiiii. raya pon ada yg tak dapat balik malaysia. tak dapat imagine lah perasaan tak dapat bekumpul satu family di pagi hari raya yg sumpah syahdu. sedihnyaaaa ! okay taknak pikir nanti menangis lagi.


umi & abah, along nak balik. nak balik sangat sangat. tapi penat lah nak balik ujung minggu. tak puas balik kejap2 je. but still nak balik jugak. nak makan manggis. nak berbuka ramai2 kat rumah. nak makanan sedap2. okay i am really going home because i miss you both FDM.
and ommooo, rindu jugak dekat my both KHAIRULs ! aku balik nanti macam biasa eh, poker. bukak meja besar punya. haha ngok. and and my 10-years-old-youngest-litttle-brother lah yg i paling rindu sepuluh kali ganda daripada biasa, along dah download mv lucifer so dont worry okay. nanti along balik, kita layan sama2. setiap kali along dgr lagu super junior, along ingat sangat kat apit tahu? nanti hafal lagu lucifer pulak okay.
oh, rindu dekat adik adik aku la wehhh ! =(


August 02, 2010

untuk AWAK






kalau kita ada buat salah dekat orang, mesti hati kita tak tenang selagi tak mohon ampun dan maaf dekat that particular person. resah, gelisah, punggung pon rasa panas je nak duduk. kepala otak ni lagi lah serabut. tambah pulak nak tahu orang tu akan maafkan kita ke tak. kan kan? sama lah jugak rasanya bila kita berada di pihak yg perlu memaafkan orang tu. mesti tak rasa senang je hati and perasaan ni bila tak dapat nak maafkan orang tersebut. kejapp. bukan tak dapat nak maafkan, just macam eh, senangnya nak maafkan budak ni? takkan nak lepas macam tu je? kena lah play hard sikit so that dia takkan ulang benda yg sama lagi. betul tak? sapa tak sokong jgn kawan dgn i please haha.


well people, semua orang pernah buat salah and akan buat salah sebab kita semua tak sempurna. sometimes, kita tak sedar pon yg kita dah buat salah. alih alih dah ada yg masam muka. and ada jugak yg sengaja nak sakitkan hati seseorang tu tapi dia mesti ada reasons dia sendiri betul tak? tak kesah la logik ke tak, betul ke tipu alasan yg dia bagi, still, kita kena terima lah. daripada kita tahu benda yg betul tapi menyakitkan, better kita tahu benda yg tipu tu je. kepada yg menipu tu tanggung dosa sendiri lah kan, sapa suruh kau menipu? tapi kalau you tipu untuk pulihkan keadaan or apa apa lagi lah, berbaloi je kan? sorok lah apa yg menyakitkan tu selagi mampu kalau tu je cara untuk kembali bermanis muka. i terima and i takkan ungkit lagi dah.


dear you, saya nak jugak cakap sorry for things that i have done though you cakap i takda buat salah dekat you. itu tipu lah. i know, i ada jugak buat salah, tapi sikit jela. you punya salah dekat i lagi banyak haha. berjuta bintang punya terima kasih untuk you sbb if you tak call semalam, mungkin kita takkan baik lagi kan kan? i admit, i ada lah maki maki you sikit tapi you dah biasa kan? sapa suruh buat perangai? oh, i tahu i mmg baik sbb senang sgt maafkan you. nak tahu kenapa? sbb i sayang you, and i sayang kita semua. harapnya lepas ni takkan jadi lagi silly thing mcm ni eh? sbb you dah janji kan? and im truly glad you are back.


Muna. Amar. Diba. Sarah. Izzat. Syaza rindu anda semua !


August 01, 2010

P & C project

tak tahulah kenapa, tapi rasa macam nak maki hamun orang. mungkin sbb baru lepas baca blog a friend of mine kot. inilah janji melayu. ehh bukan. janji manusia mungkin? cakap je lebih, tapi semua masuk dalam tong sampah je. lepas tu lori sampah dbkl angkut bawak pegi tempat pelupusan lalu musnah. kan kann? okay done with the intro yg takda kaitan lgsg dgn this entry.


hello, semalam i jumpa orang gila dekat kl sentral. dia ni mmg betul lelaki gila. mula2 i nampak dia, dekat mcd. dia keluar dari mcd dgn diiringi 4 org polis. time tu rasa macam cuak jugak lah kan, pembunuh ke perompak ke amenda tah lagi lah pop up dekat otak i ni. then bila dah turun bawah nak tunggu train, again, i ternampak dia. okay this time sumpah takut and kawan i dah menggigil kepala lutut sebab si gila tu sorang2 je. dah takda pak polisi. wehhh muka dia taknak jijik pulak kannn? tesengih sengih macam sial doh. nak tahu apa dia buat? dia pegi approach mana2 wanita, konon macam dia kenal lah orang tu. gaya dia camni taw, pegi tanya betul betul dekat muka perempuan tu. ada yg kena tanya, "hello kawan, nak pegi mana?". ada jugak yg kena "i love you". tipu kalau korang kata tak takot kalau kena kacau macam tu kan kann? dia parya kottt ! sumpah jijik nak mati okay. kesian anis, you betul takut kan? but macam kelawak lah pulak nampak muka you macam nak senyum pon taknak ikhlas sangat haha.


dekat midvalley pulak i dilanda kemurungan tahap kepiluan sebab tak dapat penuhkan wishlist i. sumpah aku jeles dgn korang bedua sbb beg korang banyakkkk ! kenapalah semua barang yg aku nak takda yg melekat dgn citarasa kalbu aku eh? penat je dyla buatkan budget and the wishlist. habesnya kena cross out je semua kan? sumpah tak best ! but the meatballs cheered me up then. thanks meatballs and adik pizza hut. haha gedik boleh? pegi lah layan wehhh sumpah berbaloi baloi. and and i jumpa komodo ! haha sorry ain. but serious kau nampak gemuk. eh kejapp, mmg gemuk kan kann? itu adalah fact.


anis and dyla, terima kasih daun keladi for the P&C PROJECT. iloveyoubothmuch!






p/s 1 : kelawak adalah tahap lucu yg paling tinggi. mengatasi KElakar and LAWAK. maklum ya?


p/s 2 : miss li yuen, i suka you !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...