August 04, 2010

La familia



sejak kebelakangan ni i rasa mcm i jadi terlalu sensitif. org mintak maaf dekat i, i nanges. i mintak maaf dekat org, i nanges, tengok teater pasal ibu pukul anak dia yg cacat sbb anak dia taknak belajar makyong, i nanges. tengok a moment to remember, i nanges. semua lah nak nanges. tapi tisu dalam loker sikit pon tak bekurang. kenapa eh? oh, sebab i lap air mata dgn baju. takpe kan? salah ke? heh.


aigoo. murahnya air mata kau syaza? hello, bukan murah tapi tak boleh nak control. tetiba je dah meleleh kat pipi. senang betul nak menangis. alaahhhh tapi apa kesah? nama pon perempuan kan, dah mmg fitrah kaum hawa ni hati dia cepat tersentuh walaupun orang lain kata benda or masalah tu kecik je. bagi i lah kan, bila i menangis, i rasa lega. sbb i bukan jenis yg pendam semua masalah. but there are some people yg tak reti nak zahirkan apa yg diorang rasa. simpan je sesorang sampai jadi pekasam lepas tu bila dah agak agak busuk sangat sampai nak meletup, baru dia muntahkan segala benda. wehhhh jgn la jadi mcm tu. tekanan tinggi kot. better jgn simpan simpan. nanti makan diri baru tahu kan kan?


okay sebenarnya i rasa tahap kerinduan i dekat my family dah sampai langit dah. mungkin itulah sebabnya i mengalami masalah emosi kebelakangan ni. oh, betul betul rindu. i nak balik tapi kampung halaman i jauh. sedih betul hidup di perantauan ni kan? sometimes i mcm ada jugak la tepikir pasal few of my friends yg tak penah jauh dgn family diorang. yelah, mmg la duduk hostel jugak tapi setakat jauh singgit dua tu kesah pulak aku? sapa nak kata belajar dekat shah alam and rumah mak ayah dekat subang tu dah kira beribu batu punya tepisah, meh sini nak korek otak, nak bagi pikir logik sikit. booo la ! apa ek rasanya bila tak pernah langsung bejauhan dgn keluarga? mesti best kan? nak jeles boleh? sbb i dari kecik-as-if-skg-ni-besar-je?-dah bepisah dgn my family. since i was 13 lah rasanya. so boleh nak consider kecik lagi la kan? hoiiii, itu masa form 1 kottt. mmg kecik habes ah, hingus pon fresh lagi. skg ni hingus dh macam tak fresh sangat, dh lama hidup, banyak habuk masuk hidung. okay pengotor gila kan kau pompuan?


BUT bagi kawan2 yg belajar dekat luar negara tu, i mmg sumpah respect gila kat you all. susah tu oiiii. raya pon ada yg tak dapat balik malaysia. tak dapat imagine lah perasaan tak dapat bekumpul satu family di pagi hari raya yg sumpah syahdu. sedihnyaaaa ! okay taknak pikir nanti menangis lagi.


umi & abah, along nak balik. nak balik sangat sangat. tapi penat lah nak balik ujung minggu. tak puas balik kejap2 je. but still nak balik jugak. nak makan manggis. nak berbuka ramai2 kat rumah. nak makanan sedap2. okay i am really going home because i miss you both FDM.
and ommooo, rindu jugak dekat my both KHAIRULs ! aku balik nanti macam biasa eh, poker. bukak meja besar punya. haha ngok. and and my 10-years-old-youngest-litttle-brother lah yg i paling rindu sepuluh kali ganda daripada biasa, along dah download mv lucifer so dont worry okay. nanti along balik, kita layan sama2. setiap kali along dgr lagu super junior, along ingat sangat kat apit tahu? nanti hafal lagu lucifer pulak okay.
oh, rindu dekat adik adik aku la wehhh ! =(


2 comments:

  1. so sweet la my dear~ :)
    sian u..ti u balik la nex week..
    till then be strong k ! <3

    ReplyDelete
  2. alooooo......
    my sis......kta still bleh cntact kt fb an an an.??
    hehehe....sabo eh....=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...