December 29, 2010

Belog GF keeper kita?



hello peepss !

okay i know semua orang pon tgh suhu 100°C demam bola piala AFF Suzuki. so i taknak lah terlepas nak buat entry pasal benda market ni. so well, tahniah berganda for our players yg dah berjaya membuka mata Asia by winning piala Suzuki ni. bangga lah kan? biar bangga, jgn bongkak okay? makanya lepas ni jangan suka sangat nak over confident bila nak lawan dgn mana-mana team. ingat, baru menang sekali. tak bermakna you guys akan sentiasa menang dalam next next games. ingat ye sayang semua?


kenapa tak pakai kuning? saya lagi suka jersi kuninggg !


and yeah, berbanyak terima kasih dekat Fahmi, goal keeper kesayangan i, eh bukan, kesayangan semua, sbb paling banyak selamatkan kebocoran goal Malaysia. cemerlang ya amat performance dia kan kan? peluk cium sikit mehhh ! errrr sorry ye gf Fahmi, i main-main je. hehe sesape yg nak kenal dgn gf Fahmi, ni belog dia. betul ni, tak tipu. so korang semua takyah nak suka sangat perasan korang gf Fahmi okay. *sedih kejap.


and yeyeye, tak lupa jugak top scorer kita, Safee. dia ni mak hamboi, badan montel lari laju, geram je tengok sbb kawan i ada jugak montel-montel tapi bila lari merentas desa, sampai pondok guard je dah kembang kuncup hidung. haha thanks Safee sbb tak jemu mengejar bola lalu menjaringkan gol. sayang u jugak hehe. Safee ni i tak tahu gf dia ada belog ke tak. errr tapi dia ada gf ke? =p


ada lagi sorang fav player, pengantin baru kita ; Shahrul. sumpah i tabik gila dgn u do! u deserve to be the best player kottttt. mesti your wife bangga sangat ada husband mcm u kan? okay okay semoga kekal ke anak cucu. takmo cerai-cerai bagai ni eh. =)


and yeah loser, cheat korang tak berapa nak menjadi pulak kan? apa tu, laser? ya Allah, keeper kitorang kena laser tak kecoh pon. yeuwwww kontroversi sangat! dah la tak hensem, muka taknak ala toyol pulak si Markus tu. oppsss, ter mengata pulak. takpe kot, belog saya tak hot untuk Indonesians baca kan kan? okay peduli? lagi satu, mana Julia Perez pergi? cameraman tak dapat nak zoom in dia ke? or dia tak datang sbb fake boobs dia ada masalah? haha gila punya orang. hey hey, jangan nak rasa diri kau sexy sangat lah nak gugat iman Malaysians. perangai ghope bangkai lah kau Jupe!


so Indonesians, tak perlu lah nak maki hamun Malaysians okay. fair play kan? sangat benci bila korang tukar Malaysia to Malingsial. mulut jangan longkang. cermin dulu diri menumpang negara orang. BYE!





*p/s : teringat pulak dekat pasangan kembar kita yg hensem terlampau tu. cepat sembuh okay!



December 06, 2010

1432H





teringat zaman sekolah dulu-dulu, meriah lah jugak buat sambutan Maal Hijrah ni. mesti sekolah you guys pon ada buat jugak kan kan? and yes, time tu lah, semangat ke-rumah-sukan-an sangat menonjol kat sekolah i. sebabnya, kami semua kena buat banner and akan dinilai waktu perarakan. so semua rumah sukan akan pulun sangat lah nak buat banner tersantek dalam sekolah sampai tak tido malam konon konon, sebab kalau menang, dapat hadiah. even dapat HAMPER MAMEE MONSTER + 100 PLUS sahaja, ianya tetap hadiah kan? sapa tak suka dapat hadiah? sapa tak suka dapat makanan free? heaven sangaaattt !


and time ni jugak lah sibuk nak pilih orang nak pegang banner. i mmg sumpah tak pernah jadi 'banner girl' sbb aku pendek. ye, sekali lagi aku cakap, AKU PENDEK. haihh. depa nak cari orang badan macam Nasha Aziz je, orang macam Sarah Raisudin tak pandang derr. geramm mak. alasannya nanti tak nampak banner santek tu, sbb banner kena angkat tinggi-tinggi. lagipun, kan kena cari orang yang saiz lebih kurang. kalau nak cari orang saiz macam aku, mmg nahai la takda. kejam betul.


and well people, khas untuk penganut agama Islam sahaja, anda semua jangan ingat nak sambut new year masihi je. kalendar hijrah jangan lupa ye. and nak sambut pun, biarlah kena gaya. tak perlu nak ikut-ikut cara barat tu. asal 31st December je, nak pergi countdown dengan PAKWE MAKWE kat Dataran Merdeka. lepas tu bulan 9, 10 bersepah kat newspaper kes buang bayi. haihh. Nauzubillah, mintak jauh benda-benda camtu.


so here, i nak share doa akhir tahun and doa awal tahun. selamat beramal semua ! =)



doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar/sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.



doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram.





December 04, 2010

Rindu muntah darah



ini MADSIS saya. sahabat saya. keluarga saya.





Muna


Amar


Diba


Sarah


Izzat


Syaza






rindu hoii, bila nak jumpa? ='((



terima kasih guruku




hello ladies and gents. sihat semua? okay konon konon macam nak buat intro menyentap lah, sebab baru lepas baca tips dekat blog abang ni. boo syaza boo. maaf people, i tak reti lah nak arrange isi isi penting segala ni. i tulis ikut sedap rasa jari dengan otak i sahaja. takpe kan? hehe


move move. cuba tengok tajuk apa kali ini? ye murid-murid, betul jawapan anda semua. pandai yawww ! yeyeye, i tahu hari ni 4 Disember bukan 16 Mei. and makanya bukan juga Hari Guru. its just that i nak you guys dengar lagu kat bawah ni. cepat cepat kelikkkkk !




it was yesterday, i godek godek handphone-baru-tak-brapa-nak-mahal adik i, and tetiba he suggested me untuk mendengar ini lagu. then i macam terus suka nak dengar lagi lagu ni, terus pergi download. sumpah dah ter ketagih dengan lagu ni. bangun tidur tadi terus dengar lagu ni kat handphone nyahh ! padahal dok mengulit mayang atas katil lagi. taik mata selungguk. punya sakan dok dengar, dah macam Super Junior punya lagu pulak tahap ketagih i. heeeee~


best kan lagu ni? suara semua comel comel gilaaaa lepas tu macam ceriaaaaaa sangat ! grrrrr sukalah senang cerita. okay if you guys dah pernah dengar lagu ni, jangan nak kata i lapuk pleasee. sedih i nanti sobsobsss. for real semalam lah first time i dengar lagu ni. how i wish i dah tahu pasal kewujudan lagu ni lama dahulu so that i boleh suruh budak PA system kat sekolah tu pasang lagu ni time hari guru. tak pun, guna time buat majlis perpisahan ke kan? so nanti takdelah cikgu-cikgu rasa sedih sangat nak tinggalkan sekolah dan anak murid nakal semua. at least, takde nak menangis meraung-raung sebab sedih cikgu paling baik lemah lembut nak pencen. asyik nak main lagu jenis mendung kelabu je, malu lah nak menangis depan budak putera hoiiii.


hamboih dia, suka sangat gelak kat orang. babab nak?



baiklah adik-adik, saya sarankan untuk guna lagu ni untuk buat event kat sekolah nanti. akak dah tak sekolah, nak bagi dekat pensyarah nanti dia pandang slack pulak sebab macam budak-budak even hati ikhlas kan kan? tapi, ada ke lagu TERIMA KASIH PENSYARAHKU?





*p/s : terima kasih kepada semua yang pernah menjadi guru kepada saya, tak kira lah secara langsung atau tidak langsung. your kindness is much appreciated. love.



November 30, 2010

KAHWIN



Annyeong people !

dah mula rasa macam suka nak update blog selalu sebab internet dah tak macam siput babi terkedek-kedek. hoorayyy !



last two days, i attended satu kenduri kahwin dekat area rumah ni la. the bride adalah classmate i masa sekolah rendah, and the groom used to be my classmate kat tuition time darjah 6 dulu dulu. and and dia juga merupakan crush saya. HAHA. baru darjah 6 pon dah pandai nak bercinta monyet aku ni. grrr. teringat pulak dahulu kala, bila sekolah i jadi tuan rumah untuk tournament bola sepak peringkat daerah, me and the gang pegi turun tegedik-gedik kat padang time recess konon bagi support kat dia. pastu time tuition, bermulalah aktiviti surat menyurat. keji kan? budak-budak sangat.



and berbalik kepada tajuk entry kali ini, kahwin. bila tengok kawan sendiri bersanding, terasa tak percaya. aku yg dah tua, or diorang yg kahwin muda? pastu senior yg umur lebih setahun dua je pon ramai jugak yg dah kahwin. and i was like errrr okay aku dah besar rupanya. besar umur ya, bukan besar badan. *diamlah, aku tahu la aku kecik. haih.* Yeyeye, saya tahu la zaman tok nenek moyang kita dulu umur sebaya saya dah beranak kembar dah. tapi itu dulu dulu punya cerita. ni haa, belajar pon baru 3/8 jalan, ada hati nak kahwin? pikir hutang PTPTN dulu la machaa!



no offense ye readers. i cuma nak tanya, apa rasa kahwin sponsor eh? yela, bila dah both the laki and the bini tak kerja, 220% majlis kahwin dia mak ayah yg keluar duit. kalau i lah, rasa bersalah taktau nak habaq camna dah. hang yg gatai nak menikah, mak pak pulak jadi mangsa. dari kecik parents dah susah payah cari duit nak bagi kita makan, belajar blablabla then bila nak kahwin pon parents kena bagi duit jugak? fine. setakat nak hulur sikit-sikit tak kisah la kan, tapi kalau dh semua ditanggung beres, ha apa pulak tu?



i know, semua orang nak kahwin. kan kan? sapa je taknak kahwin? tipu semata tu. but once you decide untuk kahwin dgn that particular lelaki-dicintai-sepenuh-jiwa-konon-konon, camna eh you boleh rasa that he is your Mr. Right; that he is the one you'll be spending your life with; that both of you are meant to be for each other forever and ever and ever? kahwin bukan benda kecik cinonet kan sayang semua? mana nak jaga makan pakai dia, tidur malam dia. lepas tu, nak jaga hati mak mertua lagi. okay ini seram sumpah. umi selalu kata, belajar buat kerja rumah, nanti mak mertua sayang. yeke? padahal time baru kahwin dulu umi i kata dia tak pandai masak sangat pon. awat arwah nenek i sayang ja? mintak doa banyak-banyak mak mertua i nanti baik macam arwah nenek. amiinn. okay, these kind of things nampak macam simple je, tapi realitinya? sometimes, benda simple camni la could lead to a very compact and complex punya masalah.



saya bukan nak jadi Dr. Fadzilah Kamsah kat sini, tapi nak menzahirkan apa yg ada dalam hati ni sahaja. khas untuk kaum adam,



gf : i sayang you.
bf : i love you too. you tunggu i tau, i nak kahwin dgn you.
gf : i will.
bf : thanks sayang.


duh, bosan gila conversation !



and lepas dah berkasih sayang, dapat apa yg korang nak, tetiba mintak nak break up dengan awek cun korang. alasan nak fokus study. apa kes? HELL betul. memang, kita hanya merancang tapi Tuhan yg tentukan. tapinya, jangan la cakap tak serupa bikin. korang-korang ni tak perlu la suka sangat nak ajak awek cun korang kahwin. pikir tanggungjawab tu, jangan nak pikir nafsu je. pastu, geng mat rempit mat ganja and apa bagai mat lagi lah yg jenis tak sayang nyawa ni, silalah insaf dan berubah. i wonder kenapa ada perempuan yg buta hati nak kahwin dgn korang. oh ya, betul lah cinta itu buta mungkin? bertuah you guys dapat bini hati mulia terima kau seadanya sangat tu. yelah, dah jodoh, ye tak?






*angan-angan minah kenit : nanti time wedding i, harap-harap Mr. Suami buat surprise nyanyi lagu For The Rest of My Life pastu i nanges terharu pergi peluk dia depan orang ramai. auuwwww suka drama !




November 26, 2010

lucky me



bila cuti sampai, semua rasa macam dalam syurga. yup, syurga dunia. hidup senang lenang, kan people? 100 markah pleasee.




INILAH NAMANYA CUTI BILAMANA ;


1. takda kena pikir bagai nak pecah kepala memahamkan subjek STRENGTH OF MATERIALS and buat all those craps : REPORTS.

2. takda kena bangun awal pegi lecture pukul 8 pagi-lepas lunch pegi fak balik-kelas sampai malam. hell amat.

3. boleh demand bab makanan, setiap hari mintak umi masak apa yang tekak ni rasa nak telan. and mom's cook is the best bukan? plus, bila nak makan kat luar, tak perlu berkira pasal duet. ye, semua ditanggung beres oleh pak wahai. hohoiii indahnya duduk rumah !

4. encik abang TM yang tak brapa nak macho datang rumah, tukar modem wireless. perfect situation ever, kerja kerja men-download berjalan dengan amat lancar tanpa sekatan langsung. yeaayyyy ! on9 sampai lebam yaww !

5. bila sakit mata, adik kesayangan tolong titikkan eyemo dalam mata. tak rasa untung ke? kalau kat kolej, semua sendiri buat, tak buleh nak manja. HAHA

6. kenduri kahwin beduyun-duyun, kiri kanan jalan penuh orang park their cars. kita hidup bermasyarakat, kena lah pergi jugak. orang dah jemput kan? pak wahai kata kalau kita tak pergi, nanti kenduri kita takda sapa nak mai. heheeeee. lepas tu, bila dah sampai rumah kenduri ternampak pengantin, mulalah mulut nak menjalankan tugas kritikan. bride pendek la, groom tua lah, make-up buruk lah, itu ini bla blaa blaaa. konon diri dia tu perfect umpama bidadari la? haih. manusia manusia.

7. almost everyday, pintu bilik diketuk oleh pak wahai bagai nak runtuh atap rumah sbb dua orang anak dara dia liat nak bangun subuh. ini kisah benar, langsung takda tipu. lepas tu suara dia macam halilintar wa cakap lu. ye ye, sbb tu suara i pon ala ala halilintar jugak haha.

8. and paling terpenting, dia ada teman saya. yeuwww gedik gedik. =p






*p/s : terlihat video cikgu shida buat lagu for the rest of my life. makcik, lagu favourite saya tu, tolonglah insaf. saya merayu sangat. =(




November 06, 2010

BIODATA SAYA



okay semua orang pon suka nak cerita pasal zaman dia sekolah dulu dulu. semua orang nak rindu era dia muda mudi, pakai uniform putih kain biru kasut hitam, kulit. oh, mungkin some of you pakai kasut sekolah putih, ada tali lagi. tapi kalau korang pengawas, still kena pakai kasut hitam kan kan? but kat sekolah i tak boleh pakai kasut jenis tu, haram. betul ni, tak tipu punya !


haih, sebenanye now i tengah study week. sempat lagi kan nak update blog? ni semua sbb sorang kawan tak guna i yg suka hati sangat nak ungkit balik cerita zaman sekolah dolu dolu, upload gambar gambar muka suci semua. grrrrr. kau lah orangnya FALO! asek nak bagi aku gelak dgn kau, ajar aku benda benda sesat bagai. dasar ayam serama perut buncit buleh buat sate !


errrr nak tanya you guys lah. korang mesti pernah kan buat buku biodata time sekolah dulu? halaahhhh konon konon macam takut nanti next year dah tak jumpa, umur pendek ke, kena buang sekolah ke kan kan? tipu kalau kata tak pernah buat especially utk those who used to be in boarding school. biodata tu benda paling popular kot tiap2 ujung tahun. passing buku dekat budak2 satu batch, ala ala nak memory lah konon. bwekkk geli !


lepas tu, orang yg kena tulis biodata dia tu, mesti macam penat gila pikir apa nk tulis kt kawan dia ni. konon macam wasiat terakhir lah kot kot tak jumpa dah kan? paling takleh blah, buat ala ala essay bai, panjang dua tiga page then staple sbb taknak orang lain baca. wasiat lah katakan? haha kanak kanak sangaaatttt you ! dah, malas nak cakap banyak. enjoy the pictures sayang !




this is mine. rempit gila cakap kan kan? yeuuuwww !




ni kuda punya, kawan i yg famous sgt ala razak baginda. errr she said so okay!




hah, sampai dah tupai punya haha. dia amat sangat gila you know !




kawan i ni, ktorg panggil amork. dia ni lagi geli, minat adam macam nak mati.




ain, ni kau punya. pokok bunga tu konon paling cantik kau buleh lukis lah? love memanjang, jiwang do. geli !





falo, kira macam kau delete kat fb, dah takda sapa buleh tengok la? nah hambek, masuk blog aku ! haha THANK YOU daun keladi sebab sudi bagi aku copy dulu before kau delete =p





*p/s : baru sedar betapa sucinya i masa kecik kecik dulu. HAHA




October 30, 2010

stress stress stress.

kami, pelajar pelajar institut pengajian tinggi mengisytiharkan MUSIM STRESS SEMALAYSIA.





exam la hoiiiiii. grrrrr. taknak final, tapi nak cuti sem. setuju kan kan kan?

tak sabar nak balik rumah.
tak sabar nak jumpa ayah bonda tercinta.
tak sabar nak bermesra dgn adik adik.
tak sabar nak jadi pengapit.

banyaknya tak sabar!




*p/s : klate ke noghori eh? oh, tak perlu concern pon.




October 05, 2010

annoyed.



i nak tanya, you people kenal tak cikgu shidah? alahhhhh tipu lah tak kenal kan? takkan tak layan youtube kot? dekat fb besepah je manusia post video dia tuuu. if tak kenal jugak, ni ha hambek pegi layan kejap, i nak tengok brapa lama you tahan melihat aksi terlampau dia ni.





banyak lagi video dia, i letak yg ni je. yg lain pegi la cari sendiri eh. wehhhh tak rasa dia ni memualkan ke? sumpah keji kottt. whoever yg found her videos lawak sampai gelak guling guling, jangan kawan dengan i please. GRRRRR. i tak paham la kenapa dia mesti buat mcm ni. i bukan nak menghina sesiapa, i cuma nak luahkan rasa hati. i rasa mcm dia hanya memalukan diri dia sendiri. kan kan?


hello, makcik tu cikgu. again, CIKGU. saya tak rasa makcik kreatif pon buat semua video tu. langsung tak rasa! makcik tak malu ke dgn kawan kawan makcik kalau diorang tengok video tu? takkan la cikgu sekolah makcik tu buta IT sangat. paling koman skg ni cikgu2 semua dah layan fb. tak tahu lah pulak kalau sekolah makcik tu pedalaman ceruk mana, cikgu2 semua kuno. and, makcik suka eh bila students makcik gelakkan makcik? makcik jgn lah terlalu berfikiran positif sangat. tak semestinya if students makcik mintak makcik buat belambak lagi video maksudnya diorang suka makcik tau. entahnya diorang pebodohkan makcik je. makcik tak rasa mcm tu ke?


errrr apa ya nak kata. makcik nak jadi famous ye? tak salah makcik nak famous, tapi jgn la dgn cara mcm ni. buruk makcik, buruk sangat. baiklah makcik pegi audition raja lawak ke, kot ada rezeki boleh la famous lebih sikit. haaa satu lagi. kawan saya tertanya tanya, guru besar sekolah makcik tak marah eh dgn makcik? yelah, mcm menjatuhkan martabat seorang guru je buat benda mcm tu. guru tu kan mulia, penuh dgn ilmu. makanya, act lah mcm seorang guru. tak perlu rasanya nak berkelakuan yg tak setimpal untuk seorang guru.





*p/s : saya mintak maaf kalau terkasar bahasa. tapi, ni la bahasa paling tak kasar saya penah guna.




September 29, 2010

a confession.




i LIKE you.

yes, YOU!

please, let me see that SMILE again.

and,

i am so into you, NO DOUBT.






*p/s : thank you dalyla and muna for the advice. sayang korang lebih.!




September 25, 2010

conversion of life



betul ke semua orang akan berubah? i mean, tak kisah lah berubah dari benda elok ke benda tak berapa nak elok or vice versa. errrr macam mana eh nak cakap. ish, entah lah. tapi i nak fokus lebih kepada berubah ke arah benda yg baik ni. ada tak you people yg pernah kena pangkah or like " lah, apa lagi yg kau nak ubah? poyo gila kau." when once you tried to ask for others' opinion bila you kata you nak berubah? heh. i pernah buat macam tu and i pon pernah kena macam tu. and bila difikirkan semula, macam unfair kan bila kita buat macam tu kat orang? yeah well, orang nak berubah jadi a better person so why you bother to pangkah orang tu kan kan? kalau betul lah anda ni kawan sejati sampai mati, kenapa kita tak sokong apa yg kawan kita tu nak buat? oh, sebab benda baik like tak ngam lah dgn style korang kan? hipokrit lah, talam dua muka lah. if benda tak baik, buat ramai2 pon tadahal punya. betul? haha so true syaza. well done, kau dah mengata diri kau sendiri. tulah, sapa suruh buat kat orang dulu, kan kau dah kena balik. so karma doh!


what im trying to convey here is that kita terima jela orang tu seadanya dia. tak pon bagi dia nasihat and support yg berterusan ke? sebab that is all yg kita mampu buat kan. kalau nak bahan je memanjang, lagi lah down kawan kita tu. kata sayang kawan, jgn la buat macam tu. and if you nak bagi dia nasihat pon, jgn lah cakap kasar kasar. cakap elok elok kan lebih sedap didengar, tak gitu? if you lah yg kena tegur dgn cara yg tak elok, rasa2 you dapat terima tak? semestinya lah tidak kan? lagi rasa nak maki ada lah! errr mungkin kawan you tu memang teringin amat sangat nak berubah ke arah kebaikan tu, but dia takda courage nak buat macam tu kot? if let say lah dia nak berubah pon, it might takes time. ingat senang ke nak ubah benda yg kau dah selalu amalkan? susah kot, macam menari di atas lantai yg bejongkang jongket. cuba sikit sikit dulu, tak perlu nak rushing. at least nampak your effort tu kan kan?


to my dear friends yg dah berubah and dalam usaha untuk berubah, tahniah and all the best okay! pedulikan apa orang nak kata, sbb mulut orang ni mmg takkan puas nak cakap pasal orang lain. ada je modal nak buat cerita. and ME? errrrr perhaps the time will comes.



September 18, 2010

18th SEPT yaww!




saengil chukka hamnida ~

happy birthday to you ~

selamat hari jadi ~



ada dua orang yg saya sayang telah dilahirkan ke dunia tanggal 18 SEPTEMBER. i wish both of you live a good life and semoga panjang umur ya. ingat, i amat sangat love you both though anda bedua GILA hehe. errrrr, again, HAPPY BIRTHDAY SAYANGS!



my forever brother and boyfriend, ILOVEYOU!



sayang, i pilih pic ni sbb ni paling cantik. sumpah, you mmg cantik! =p



September 17, 2010

permata HATI




the sibs. NAUGHTY!



hariz



zaid. comel kan? hes mine heh~



oh, suka sampai tekencing dlm seluar HAHA!




oh, taknak buka mata time amek gambar? rasakan!




saya SAYANG mereka sangat !



September 14, 2010

Kelewatan



fuhh fuhhhh berhabuk dah blog ni. lama tak update kan kan? heh~ bila duduk rumah byk benda boleh buat so mcm takda masa nak menaip panjang2 kat sini. okay done !


sebelum terlambat, saya, penulis tunggal blog ini dgn seikhlas hari ingin mengucapkan selamat hari raya to all muslims. to my dear friends and sesape yg mengenali diri kecil ni, i nak mintak maaf sangat2 if ada terkasar bahasa, or sakitkan hati anda semua ya. saya juga manusia biasa yg tak sempurna. mungkin akan ada org kata, mintak maaf je tak cukup. tak setimpal dengan kesalahan yg saya buat mungkin? but, itu sahaja yg saya mampu lakukan. harapnya, anda dapat maafkan saya seikhlas hati anda. sobsob.


jumaat dah nak balik kl. anyone nak ajak saya pegi beraya on saturday? saya free! haha






*p/s : teringat kes allahyarham sosilawati. kenapa polis tak penah tunjuk muka datuk yg jadi suspek utama tu? hamboi, kalau org2 takda level ni, punya nak amek muka pesalah sampai nak jalan pon tak boleh. kalau datuk yg buat hal, takda expose pon, apa kes? dia manusia biasa jugak lah ! setakat datuk tu pegi mati ah perangai mcm cilake. okay i emo, sumpah.



September 01, 2010

balik kampung !



tinggal lebih kurang seminggu je lagi nak raya kan kan? so mood belajar semua dah hilang melayang kat kutub mana ntah. otak ligat dok pikir rumah je, tambah pulak spesis i ni yg memang sumpah cepat touching merata rata. kat FB besepah lungguk lungguk orang post lagu raya. tak pecaya, pegi tgk wall i je sudah. dengar lagu raya pon mampu menangis dohh ! haha ouh cepatlah masa, i tak sabar nak balik rumah. nak tolong tok buat bahulu, nak pasang langsir, nak tengok abah bakar lemang, nak dengar takbir raya, nak semua lahh senang cerita ! bajet rajin gila kan i? booo ! doakan i selamat sampai ke kampung halaman this coming jumaat okay?







*pesanan gedik : i nak jumpa you before balik. cuti dua minggu, lama tu tak dapat tengok
you ! =(


August 28, 2010

LOVE is CINTA







"LOVE is a cycle. when you love, you get hurt, you HATE. when you hate, you try to FORGET. when you try to forget, you start MISSING. and when you start missing, eventually you will FALL IN LOVE again."




:credit to Mr. Z~






*p/s : am I in love? ouch ! =p



August 25, 2010

INGAT lagi tak?



tadi time bebuka dengan perempuan jahat ni semua, tetiba tebukak cerita zaman kanak kanak dedulu. alahh zaman kita bodoh bodoh main mak-mak tuu *untuk girls la*. ingat tak? i org kampung, so main mak-mak ni kira paling best la time tu. hidup org bandar, i tak tahu lah apa dorg main? hah, cakap pasal main mak-mak ni, tetiba ada satu cerita pop up dekat otak beku i yg tak tahu satu haram pon lagi pasal strength of material walhal esok i ada test. peduli pulak aku kan! yg penting skg ni tgh mood flashback, nanti i dah takda idea nak tulis apa. okay back to cerita.


ada satu masa ni, kawan i ada cerita pasal zaman dia kecik kecik main mak-mak. tahu tak main mak-mak tu amenda? alahh main pondok-pondok lah kot nama lain dia, senang cerita. slalunya kalau main mak-mak ni, mesti la lengkap dgn peralatan mainan masak-masak, pastu meja nak buat dapur, and ada lagi lah benda lain kan? i pon tak ingat sangat. dah siap setting, mulalah nak cari bahan nak memasak pulak. paling utama, pasir nak jadikan nasi. tak lupa jugak, daun daun untuk jadi bahan masakan sampingan. kan kan? okay itu untuk apa yg i ingat, based on my experiences dulu dulu lah. untuk kes kawan i sorang ni pulak, setting mak-mak dia sama je macam i, cumanya ada tambah jamban. fine, mungkin time i main dulu dulu i tak tepikir pulak nak buat jamban. kawan i, dia buat jamban pakai pasu bunga. samada pasu bunga tu kosong atau ada pokok bunga, wallahualam, itu i tak sure. yg i paling pasti, kawan i tu pegi berak betul betul dekat dalam pasu tu. betul, dia berak dalam pasu yg kononnya jamban time main mak-mak tu. HAHA bangang kan? i sumpah tak paham gila time tu berapa umur dia sampai sanggup memalukan diri berak dalam pasu bunga. mungkin dia nak bagi environment mak-mak tu lebih real? haha. sorry ye awak, kalau awak baca entry ni. dont worry, saya tak sebut nama awak hihi.


actually, i bukan nak cerita pasal mak-mak ni pon. itu intro sahaja. i and kawan kawan jahat i lately asek menyingkap kembali kenangan silam tatkala zaman kanak kanak. lepas tu masing masing gelak hentak hentak kaki macam nak mati je sbb kelucuan yg teramat. betul kan? sumpah, you all akan gelak bila ingat balik apa yg you all dah buat time bebudak dulu. pastu rasa mcm bodoh gila kan kan? first sekali, i nak tanya. sapa yg tak penah tengok USOP SONTORIAN? sapa tak penah tengok, pegi gantung diri dekat kipas siling please. alah, kartun malaysia yg gila femes tu. time tu kita dajah satu. ehh, itu i utk i la. utk org lain, i tak tahu. kreatif kan sapa yg lukis kartun dlm usop sontorian tu? hensem sial muka ! haha.




lepas tu kartun YOKIES. kartun telur comel comel tu. i dah tak ingat apa nama watak watak dia, tapi paling i ingat baju ayah dia kaler kuning, baju anak perempuan dia kaler pink pastu ada pakai reben kat atas kepala. hoiiii cerita feveret tu ! sumpah suka gila dgn yokies ni. kawasan rumah dia cantik, ada cendawan lah apalah kan kan? itu kalau i tak silap la. haishhh what a memory !



okay ini lagi satu amat femes punya kartun, lagu dia sampai sekarang i hafal, tapi lupa lirik sikit sikit je. gila, konon konon Batman & Robin malaysia lah lebih kurang. rasa rasa cerita apa? haaaa betul, KELUANG MAN ! haha. teringat pulak dekat sorang budak batch i, org panggil dia 'kluang'. sbb dia duduk kat kluang, johor ke eh? entah, i tak amek kesah. hah, back to keluang man bersama pembantunya- TIONG MAN. ada lagi watak penting, INSPECTOR SAHAB. ya tuhannn, kenapa lah kita boleh layan cerita ni semua eh? haha mmg gilaaa ! tapi bak kata orang, inilah sebenarnya hidup. kalau takda benda yg dapat diimbaskan semula, bosan jugak kan? nah, perdengarkan =)




dah ingat balik dah lirik lagu keluang man camna? haha. lagi satu, time i jalan jalan dekat youtube tadi, i terjumpa video ni. video kat bawah ni bukan lah bezaman sangat dah, dia muda sikit dari batch usop and the geng. but orang dok gila jugak lah dulu dulu, fever bai ! merata rata orang dok gila nak menari lagu ni. mana taknya, aaron kwok tu taknak hensem pulak kan? oh, sumpah i suka gila PARA PARA SAKURA ni !







*p/s : sumpah rindu bila ingat balik semua benda even so stupid tahap dewa. sokong i please. haha




August 22, 2010

ada TELEPORT tak?





how i wish i could turn back time. eh kejappp, to be more specific, my school time. nak tahu kenapa? sbb time sekolah dulu hidup kurang tekanan. stress punya level kemain beza lagi kalau nak compare dgn skarang ni. BUT mcm yg kawan i kata, nak balik zaman sekolah tapi takyah belajar. buat sial dekat hostel je heh~ betul la kata orang, bila sesuatu tu dah takda, baru kita tahu betapa bermaknanya ia untuk dihargai. haish. sumpah i teramat sangat rindu dengan bebudak gila yang membuat hidup i so fun and colourful masa sekolah dulu. tak tipu punya, hidup i memang dikelilingi oleh perempuan gilaaaa since zaman sekolah menengah, sampai la zaman institut pengajian tinggi sekarang ni. adakah disebabkan i pon gila? oh tidak, mereka yang gila dulu, kan kan?


GENG ABU UBAIDAH
perempuan gila yang mendapat pangkat paling tinggi ialah miss tupai. kira macam presiden lah mungkin? miss tupai, i rindu gigi you. haha kidding, jangan marah pleaseeee. you dah biasa kan? i nak main hoki dengan you lagiiii. lepas tu nak pegi mat jiwa, jumpa fariq. and and nak lebamkan mata you guna bola hoki, boleh? haha. i nak jumpa you, sumpah. apasal lah pegi mintak utm time isi borang upu dulu? taknak ujung dunia pulak kan? haishh please jangan bagi alasan you dulu tak tahu utm tu sebenanya dekat mana. and oh, tidak dilupakan, miss bibir. i know you rindu sangat dekat i kan universal stalker? so do i sayang ! i nak dengar you nyanyi lagu bila rindu sbb suara you sangat sedap bila nyanyi lagu ni, SAHAJA haha. ini lagi sorang perempuan jahat yang suka nak jauhkan diri dengan kawan kawan. sapa suruh duduk kat muadzam? gilaaa sapa nak pegi sana ! tapi i tahu, you tak kesah pon jauh jauh dgn kitorang kan? sbb you ada mr. mmuuuahh mmuuaaahh dekat sana kan? booo laaa ! nak mintak turun kl pon susah.


GENG USAMAH ZAID
if nak ikut hierarki majlis tertinggi, kira miss kuda is at the very top position lah. number #1 most wanted hot chick. opsss silap, hot chick tu ain, bukan miss kuda haha. miss kuda yang semakin menjadi perbualan ramai selepas memasang gigi besi warna warni lepas tu time nak makan je, kena cabut getah kejadah amenda ntah. miss kuda adalah kawan i yang paling kaya sbb dia ada mp3. hoiiiii zaman sekolah dulu sapa yg ada mp3 tu mmg puak puak duit bekepuk la tu. haha. dear miss kuda, i tak boleh nak cerita dekat sini but i bagi hint. ingat tak kes fungus? sapa ingat sila gelak guling guling sampai jatuh dari tingkat 7 please. haha. gila boleh? and lepas tu miss perut, olahragawati harapan sekolah. athletic doh kawan i ! but badan macam dugong bunting haha. sorry perut, gurau senda kopi o' kejap. you ingat tak, you sorang je yg tak cakap 'ana-anti' time from 1 dulu? bapak ah degil gila you kan perut ! buat kena pandang 'slek' dgn senior je.


GENG TARIQ ZIAD
si gila yg tersenarai adalah miss komodo. tell you what, dia ni classmate i dari form 1 sampai la from 5. then matrikulasi pon sama tempat dgn i. tak penah bepisah langsung. antara kitorang, miss komodo ni paling pandai tahap dewa punya, disayangi oleh cikgu addmaths, Puan Rafidah. dia genius, tapi kenapa kelas tak penah bepisah dgn i? does it mean i jugak genius sama mcm dia? haha. hey, dia sekarang study dentistry doh. gila kentang ah you ! nanti aput jadi patient tetap you kan? haha. miss komodo ni keje dia asek tido je dalam kelas tapi tak penah kantoi sbb dia MENGGERBANG haha ! and dia ni hidup pura pura sangattt ! konon baik nak mati, realitinya ya tuhan, tanduk kiri kanan depan belakang. sakit hati kottt. miss kuda and i sangat suka ya amat mengata si komodo ni. tapi dia tak penah amek hati kan awak kan? okay iloveyou !


kepada mana mana miss whose your name is not mentioned above, i bukan tak ingat you all. i ingat, tapi you all tak gila mcm mereka mereka diatas yang telah merosakkan hidup i dgn kesialan mereka, so i tak sampai hati nak panggil you all perempuan gila. betul, i rindu zaman sekolah kita dulu kala. tipu lah kalau ada yg tak rindu. itu manusia kayu tu, takda perasaan. agak agak bila kita nak buat reunion eh?



August 12, 2010

RAMADHAN KARIM



Alhamdulillah syukur, dapat berjumpa lagi dgn ramadhan tahun ni. sekejap je masa berlalu kan? saya harap saya dapat memanfaatkan ramadhan kali ini dengan lebih baik dari sebelumnya.



hari first puasa,
  • dah ada bunyi mercun, meriam bagai. haila, apa nak jadi? putus jari nanti mak bapak jugak yg susah.
  • dah bergunung orang post lagu raya dekat facebook. lambat lagi nak raya tu, sambut lah ramadhan ni dulu. boleh kan kawan kawan? =)
  • muka dah pucat lesu tak mampu nak buat kerja. tunggu lif sambil duduk, masuk dalam lif duduk lagi. haha kesiannn. tak sahur ya?
  • bilangan jemaah yg datang terawih amat memberangsangkan. sampai tak cukup tikar. harapnya kekal lah sampai malam yg terakhir.


saya tak sempurna, tapi kita boleh saling mengingatkan antara satu sama lain kan? selamat menjalani ibadah puasa.



Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)




August 07, 2010

MALAKOFF


i takkan lupa tarikh 7 ogos 2010. hope KITA SEMUA akan bekerjasama lagi okay? <3
















i paling suka gambar ni tapi tak tahu kenapa? =p








*p/s : ada hikmah kenapa kita dah lama tak TER-jumpa kan? sbb Dia menemukan kita dalam keadaan yg lebih istimewa. =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...