July 23, 2010

MALU wehh !


mai mai orang kampung semua, ada benda nak habaq ni !! eh, paham ke habaq tu amenda? kalau tak paham, pegi tanya kawan bilik sebelah. okay merepek !

ni haaa, i nak cerita pasal seorang hamba Allah ni. kita bagi dia nama MISS J boleh? i dah lama lah kenal dia and i mmg tahu sangat macam mana perangai dia. kira macam semua benda pasal dia i dah masak sangat lah. mmg kamceng ! dia ni kalau dapat gebang, mmg harapan lah nak diam. plus pulak suara dia yg bagai nak cakap dengan orang 10 batu punya jauh, mmg kesian sapa yang duduk sebelah dia. ada lagi, dia ni nak kata gedik boleh jugak lah rasanya. tapi dia gedik dgn orang tertentu saja lah. gedik kepeh kepeh je. padahal syiok sendiri lebih. takde lah gedik macam tahap budak first year nampak abang faci masa orentasi, lepas tu mintak nombor handphone. ehhh gila geli sial budak first year !

nak dijadikan cerita, dalam kalangan geng dia tu, konon macam dia paling cekap lah driving. so kawan kawan dia ni macam letak kepercayaan yg agak tinggi lah kat dia bab memandu ni. pada suatu hari, kawan kawan dia ni macam dah terdesak gila nak pegi amek gaji. tapi gap class 30 minutes je. so macam tak sempat lah nak pegi naik bas kann? jadinya, si MISS J ni kemukakan cadangan untuk pergi cucuk duit naik kereta. setelah mendapat persetujuan semua, MISS J and the geng pon bergeraklah ke atm berhampiran, menaiki sebuah kereta ber-platkan putrajaya. kawan dia punya kereta kalau i tak silap lah.

okay bila dah masuk kereta, MISS J ni macam kecik comel je orangnya, so seat mmg dah tarik sampai depan lah kan. haha kesian betul kat kawan i sorang ni. lepas tuuuuu, kereta tu pulak macam gila besar ah for her. at first dia macam takut lah nak drive kan, tapi duit punya pasal, redah jela. and mind you people, kereta tu MANUAL okay. wehhh ingat senang ke bawak kereta manual? susah kott. tambah pulak dapat kereta yg clutch dia bapak punya keras nak mati. boleh tercabut tali selipar kalau bawak time jam. sumpah tak tipu. that is why lah orang lebih prefer kereta auto especially girls out there sbb serious senang. betul takkkk? tapi dalyla kata, ayah dia cakap orang yg bawak auto tu cacat. haha apalah. i tak cacat pon? =p

okay back to cerita MISS J, dia sumpah mulut macam murai kalau time driving. ada je lah nak kata driver depan salah, orang naik motor salah, orang nak melintas salah. konon dia betul semua lah kan? serious, itu perangai dia yg paling i meluat sekali. tapi bukan apa, dia just macam nak hilangkan nervousness dia je tu. takpelah, its okay. setiap orang ada kelemahan masing masing kannn? fine. dalam perjalanan nak ke bank tu, jumpa traffic light and kawasan dia mcm berbukit sikit, and lampu pulak merah. so for all drivers out there, mesti korang tahu kan camna perasaan driver amatur bila tepaksa stop kat traffic yg berbukit? cuak nak mati kan kannn? bohong la weh sapa yg tak cuak tu. kena maintain minyak dgn clutch tu ingat senang ke? hish nightmare doh !

and nasib malang untuk MISS J, time lampu dah hijau, dia nak gerak tapi enjin mati. haha sumpah lawak and ada sikit kesian la. MALU kotttt !! dah la bawak kawan kawan, orang keliling lagi. gila sumpah memalukan lah kalau i yg jadi macam tu. luckily, takda kereta kat belakang kereta MISS J. so takda lah segan sangat kan kan? alahai malangnya nasib dia. pesanan i untuk geng dia, korang jangan lah serik naik kereta dengan dia lagi eh nanti. mati enjin tu benda normal je sebenanya, no big deal lah !

July 20, 2010

no. 5


atas permintaan ramai, saya terpaksa buat satu entry pasal dia. haha sumpah tipu.

eh, you pegi mana hah? pegi makan kt padang ea? hishhh. makan kt kafe tu je dh la. please pleaseee? sbb i rasa i mcm dah tersuka TENGOK muka you. mind you, TENGOK sahaja ya. tak lebih tak kurang. haha boleh percaya ke? GJ, boleh percaya aku tak? percaya lah wehhhhh.
yeww yewww gigirrlllll gila kau syaza ! sudah sudah, jangan bagi diri kau sendiri geli.

BUT, ouh muka you sumpah menenangkan. ini tak tipu punya. i tenang bila tengok you! so please, muncul lagi ya?



p/s : lee dong hae, saya tak curang. <3

July 18, 2010

mode tiada mood


jiwa kacau. otak serabut. kenapa dgn kau ni sebenanya?


CERITA 1.

semalam, i saw him. tapi kau buat mcm tak pernah kenal aku kan? alah, tipu kalau kau kata kau tak nampak aku sbb kau lalu sebelah aku je. and plus dgn suara aku yg kuat mcm guruh ni, mmg tipu kau tak kenal aku. before ni mmg plan poyo gila nak face to face dgn kau konon nak setelkan semua masalah. but i know, i dont really have the strength to make it real. kenapa boleh jadi mcm ni ea? i just need to know, apa dosa aku dekat kau sampai kau buat aku mcm ni. you owe me an explanation dear. aku sayang kau. sumpah aku sayang kau. sampai bila kita nak mcm ni? kau dah tak sayang aku lg eh? kita bukan bff lg eh? sedih lah. dulu kau selalu ada whenever i need you. tapi now? rasa lost gilaaa ! kenapa eh aku rasa mcm aku dah tak kenal kau lg? i mean, kau bukan seperti seorang sahabat yg aku pernah kenal dulu. kau mcm dh lain je? or aku yg berubah sangat dah? nak tahu tak? aku rindu nk dgr kau mengata aku, and aku rindu jugak nak maki hamun kau. seriously imissyou. tapi i know things will never be the same lagi kan? aku pon ada ego jugak. aku dah tak larat nak begging dekat kau. sakit hati bila YOU, a friend yg terlampau aku appreciate, IGNORE me. mungkin semua org dalam dunia ni difitrahkan untuk cakap tak serupa bikin. kan kan? terkilan sangat lah dengan kau. takpelah, yg penting aku dah tunjuk effort nak baik dgn kau kan? but what to do, sekarang ni urusan kau dgn Allah jela. muna and diba, thanks jadi tempat aku menangis.



CERITA 2.

semalam, i saw him. dalam mimpi i, tapi mimpi sedih. i mimpi dia tinggalkan i utk selama lamanya. i tahu mimpi hanyalah mainan tidur, tapi i takot sangat kalau mimpi tu betul2 terjadi. i belum bersedia utk kehilangan dia dalam hidup i. he is my precious man tahu? i cerita dgn kawan2 i, diorang kata kalau kita mimpi org tu meninggal, maksudnya org tu panjang umur sebenarnya. amiiin. abah, along sedih la dapat mimpi mcm tu. mimpi tu tipu kan? mungkin along terlampau rindu abah sampai dapat mimpi bukan2 macam tu. abah tak boleh tinggal along lagi tau? i love you so much. ='((
oh mimpi, jangan datang lagi please? i dah penat menangis.



July 15, 2010

hello LOSER !


pertama dalam semuanya, i would like to thank to you dear, sbb membolehkan i update blog lagi. terima kasih ya? nak i belanja? haa cepat cepat cakap nak apa? okay i know you tak baca pon post i ni =p


baiklah, kembali kepada weather forecast kita untuk hari ini. ehh silap silappp. untuk selamanya mungkin? nak tahu kenapa? sbb i sumpah tak boleh lah bila dgr nama si polan sorang ni. buat aku rasa nak maki kau je tahu??! asal dgr nama dia je habes ribut petir taufan tsunami bagai melanda dalam diri i. then confirm mulut i ni takkan berdiam diri punyalah. potpetpotpet mengeluarkan kata-kata tak berapa nak sopan kepada si dia. okay i mengaku i ni mmg jahat. tapi sejahat aku pon, takde lah sampai menyusahkan orang lain nak buatkan assignment aku kan kan? pernah tak aku tak pergi lgsg discussion? pernah tak aku emel je aku punya kerja dekat partner group aku, then blah mcm tu je? pernah tak aku tak datang time presentation? pernah ke tak weh? so now sapa yg loser? aku ke kau?


kau rasa kau bagus la eh? kau rasa kau habes baik lah? kau paling betul lah konon? yelahh, benda baik semua kau. benda buruk semua kitorang, kan kan? kau kan bukan pendendam. kitorang ni sumpah pendendam antarabangsa. semua kenal. aigoo. kenapa eh aku TER-kawan dgn kau? takda idea la weh kenapa kita pernah berkenalan. kau ada idea? aku buntu ni. you, let me tell this. KAU JANGAN TUNJUK MUKA DEPAN KITORANG BOLEH? rasa rasa kau mampu tak buat apa yg aku mintak ni? rasanya mcm tak boleh je kan? kenapa eh? SEBAB YOU ARE THAT FUCKING LOSER, NOT US. nampak tak betapa aku benci kau? benci gila la wehhhh. kau blah boleh? aku bukan apa, aku rasa kesian sgt dgn budak budak yg akan jadi partner kau nanti. aku rasa budak budak lain yg baik tu tak patut rasa and alami benda yg sama yg jadi kat kitorang. betul tak kawan kawan? sapa sokong like post ni pleasee haha.


ada lagi satu benda ya disini. tolonglahhh weh, aku mintak sangat. sangat sangat ni. jgn jadi parya boleh? lain kali, kalau nak cakap tu biarlah bikin weh. jgn tak bikin. pahamm? kalau kau sendiri rasa kau tak mampu nak hidup berlandaskan your words tu, so please jgn nak pandai pandai menyampaikan dekat org lain, tahu? haishh. penat la weh nak cakap pasal kau ni. sbb terlampau sakit hati sangat sbb even aku berkata kata kesat pon tak hilang lagi amarah ni. nampak kan betapa besarnya impak kau? hebat lah kau weh dapat buat aku tak hilang sakit hati dekat kau. tahniah !



*p/s : malam ni takda jodoh. =(

July 13, 2010

my SUNSHINE !

ouh ouh i dah dekat kolej skarang. even i cakap taknak balik kolej tapi macam alah tipu lah kalau i kata tak happy kannnn. sapa tak happy jumpa kawan2 gila semua? ouh hilang stress dapat jumpa semula and the bestest moment ever is bila dapat begosip macam joyah bagai. i sukaaaaa ! GJ, aku sumpah sayang korang. sayang korang ketat ketat tahu? kalau tak tahu pergi terjun k11 cepat. and and i suka jugak bila dapat tengok dia lagiii. suka sangat sangat. serious tak tipu. untuk DYLA and ANIS, thanks paham perangai aku. ye aku mengaku aku gedik but bila dengan dia je aku macam tu. bila time makan je aku berubah sekejap. kan kan kan? please cakap ya. pleaseeee. thanks sayang, iloveyou lah ! <3

sebelum terlambat i nak say thanks to my GJ sbb kita dapat gather balik cukup 9 org. best kan eclipse? ouh i suka badan JACOB but i love EDWARD more ! sorry jacob, i didnt mean to hurt you. sumpah i takde maksud nk buat you terluka. haha mianhae.

okay laporan cuaca pulak boleh? cuaca mendung dalam diri syaza skarang. eh, bengang lah dgn uspot ni. sumpah bebal paham?! kejadah apa lah fb boleh bukak tapi blog tak boleh. i ni dah la baru nak berjinak jinak dengan alam blogging ni kan, tetiba nak buat hal pulak tak dapat bukak. apa masalah eh? youtube layan bapak ah taknak laju gila pulak. bebanyak terima kasih kepadaNADHIRAH MAHFOR sbb sudi meminjamkan broadband anda ya? gedabak gituuu haha !


*p/s : saya tiru park gae in.

July 07, 2010

serdang kata BYE, serdang kata HYE


aigoooo. dah kena balik kolej? taknak la weh ! apasal lah rasa sekejap je cuti. i taknak balik lagiiiiiii ! please please pleaseeee. =(
i belum puas layan tv. i belum puas layan streamyx. i belum puas layan masakan umi. i belum puas lepak dgn adik2. i belum puas tido tak ingat dunia. taknak balik. shiro !

sedarlah syaza, sesungguhnya anda tidak akan dapat follow BENCI BILANG CINTA lagi. no more KBSW. kau pegi lah duduk K11 and layan muka makcik cafe yg muka sumpah paling kerek kat dunia ni. layan lah perut kau dgn makanan dia yg mahal and membosankan tu. emo okay bila ingat MAK LAMPIR tu !


*p/s 1 : alamat rumah saya.

F25A, KG BARU LUBUK BUNTAR,
09800 SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.


*p/s 2 : alamat kolej saya.

D159 KOLEJ KESEBELAS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN.





July 04, 2010

the Hero



GERMANY daebak ! ouh such a victory kan? i sumpah excited and a little bit cuak cuak utk tgk match tadi. yelah, argentina kan konon skuad digeruni dalam world cup ni. so i macam takut team i kalah dgn diorang. my brazil dah bungkus semalam jadinya, tinggal myGERMANY'S HEROES je skarang ni. okay talking about argentina pulak, i tak tipu team ni agak hebat. well, they got messi and tevez for their team. sapa tak kenal budak bedua ni kan? antara penyerang yg terbaiklah ye tak? if ada yg tak kenal jugak sila bunuh diri skarang.

i bukan nak belagak lah kan, but 4-0 tu sumpah macam memalukan gila utk argentina kan kan? haha sorry lah to my friends yg rooting for argentina tapi i nak jugak cakap. ARGENTINA LOSER WOIII ! haha. booo argentina ! i serious benci gila dgn argentina. apatahlagi apabila terlihat muka si-polan-tua-gemuk-pendek, MARADONA. tak suka la weh ! confident habes la kau boleh menang sampai nak bogel kat Buenos Aires? harapan la weh. mesti you sedih kan tak dapat bogel sbb dah kalah? itulah, lain kali jangan nak buat statement kontroversi lagi. so now camna? kasihan betul supporters you tak dapat tgk you bogel. haha. mungkin juga, mereka menyokong argentina HANYA KERANA ingin melihat badan you kot? or maybe players you sendiri tak sanggup nak tengok perbuatan you tu, so diorang SENGAJA bagi kalah? ouh banyak juga kemungkinan. sobsob sumpah drama weh !

i bukan la nak jadi pengulas sukan bagai kat sini kan sbb i pon bukannya pandai main bola. tengok bola pandailah. tapi they played well. mungkin argentina takda luck? what a pity loser haha. ouh sumpah i happy gila germany menang. i jerit first goal tadi, adik i yg tgh makan dekat surau yg jarak lebih kurang 2 buah rumah pon boleh dengar. mintak maaf makcik pakcik yg ada kat surau tadi ye. saya excited sangat. i just couldnt control myself =p
then now i dah takda suara and umi kata, " kamu ni pi stadium lah lain kali. " haha. sorry umi, tadi tu semua tindak balas automatik. alah umi tu dua kali lima sepuluh je dgn along, tapi tadi umi mode tidur kan kan? sebab tu lah diam je. <3

well done my heroes ! jumpa di final ya?







July 03, 2010

sekolah AGAMA


HELLO ! this is my very first entry. i saja nak buat blog sebab rasa macam banyak sangat masalah lately AND i have no one untuk share all those damn probs.

baiklah, merujuk kepada title entry diatas. i macam sumpah bengang dengan manusia and semua umat yang suka sangat nak guna quote " camni ke perangai budak sekolah agama? ", "harap je sekolah agama tapi perangai macam bla bla bla" . what do you expect from budak2 sekolah agama ni sebenarnya hah? dah lama sangat bersabar dgn orang2 camni okay. untuk kawan2 yg sama nasib macam i, sungguh kasihan. sumpah i boleh menangis kalau orang cakap macam tu kat i =(

come on people, perlu ke nak guna ayat macam tu just nak bagi BUDAK SEKOLAH AGAMA tu berubah and buat apa yg anda suruh? HELL gila kan? hey, kau tu bukan org islam ke? cermin diri sikit boleh? kita sama2 islam, kita tahu all the basic things jadinya, apa beza kita? fine, aku sekolah agama so? oh please, aku kat sekolah bukan belajar subjek agama islam 24/7. so kita sama kan? meh nak cerita sikit. kami yg sekolah agama ni, belajar benda yg sama je dgn korg. biology? chemistry? okay cuma ktorang ada plus syariah and quran sunnah. tapi korg pon ada belajar agama islam kan? belajar pasal haji kan? solat puasa zakat kan kan kan? yelah, kami pakai songkok and tudung labuh. itu uniform SAHAJA paham? sorry to say, i ni golongan yg belum dapat hidayah utk kekalkan uniform i guna masa skolah dulu. itu i admit. puas hati?

tolonglah jangan nak libatkan perangai i dgn kat mana i sekolah. sedih tahu? mind you, bukan semua yang bertutup litup itu baik dari segala segi, and bukan semua yang terdedah segala benda itu jahat. takde siapa yg perfect kan? so please, terima lah individu tu just the way she/he is. jangan sesekali mengadili buku hanya dari kulit luarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...